Isnin, 25 April 2016

Gurindam Guru

Tiada guna kata secantik bahasa, 
andai ilmu tidak dibiasa.

Tiada makna kaca seindah permata,
andai pekerti tidak bermata.

Tiada erti harum sewangi kasturi,
andai diri umpama duri.

Tiada impak isteri secantik bidadari,
andai hidup masih sendiri.

Tiada guna mentadbir mahligai,
andai tiada permaisuri dibelai.

Tiada makna kerjaya dikerah,
andai sendiri disumpah seranah.

Tiada erti mendidik mengajar,
andai jiwa penuh gusar.

Tiada impak dasar digubal,
andai pencapaian tidak setimpal.

Cikgumeme
Punan Ba, Belaga.

Tiada ulasan: