Kasih ayah dan ibu.
*Teringat zaman mendaftar di IPG Penang, dari Negeri Sembilan bermalam dahulu di Penang untuk urusan pendaftaran. Bersyukur kerana antara anak yang dapat merantau jauh dan hidup berdikari di bumi Penang. Pernah dihalau oleh tutor ketika mendaftar kerana tertinggal surat beranak ori dan tiada wang saku RM500 untuk bayaran permulaan. Dengan tenang abah keluarkan dompet memberi hasil keringatnya untuk anak, dengan tenang juga aku balik ke kampung seusai tamat sesi orientasi menaiki kereta api untuk mengambil surat beranak yang ori.
**Kini aku telah bergelar guru dan masih merantau di bumi Borneo. Bezanya aku tidak sendiri, kerana isteri tetap di sisi. Walau jauh tidak ku peduli, kerna ku tahu kekuatan diri.
terima kasih abah, mak, isteri dan keluarga semua.
Isnin, 29 Ogos 2016
Isnin, 25 April 2016
Gurindam Guru
Tiada guna kata secantik bahasa,
andai ilmu tidak dibiasa.
Tiada makna kaca seindah permata,
andai pekerti tidak bermata.
Tiada erti harum sewangi kasturi,
andai diri umpama duri.
Tiada impak isteri secantik bidadari,
andai hidup masih sendiri.
Tiada guna mentadbir mahligai,
andai tiada permaisuri dibelai.
Tiada makna kerjaya dikerah,
andai sendiri disumpah seranah.
Tiada erti mendidik mengajar,
andai jiwa penuh gusar.
Tiada impak dasar digubal,
andai pencapaian tidak setimpal.
Cikgumeme
Punan Ba, Belaga.
Punan Ba, Belaga.
Langgan:
Catatan (Atom)